Sunday, August 15, 2010

Mencari keberkatan sahur



Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun terdapat hadis yang menceritakan hikmat berpuasa ini. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya :Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya ( Riwayat Bukhari dan muslim


Jika diperhatikan ada sahaja alasan yang diberikan jika ditanya kenapa tidak bangun bersahur,seperti“ Malaslah la nak bangun sahur nih, tak larat ar, lagipun sunat je kan?” Begitulah ayat-ayat yang sering diberikan oleh mereka yang enggan untuk bangun sahur. Alasan mengantuk atau letih merupakan alasan yang agak popular terutamnya dalam kalangan mahasiswa. Kelewatan tidur akibat leka berchatting ataupun leka bermain facebook menyebabkan ‘golongan ini’agak liat untuk bangun sahur. Seharusnya bagi mereka ,leka berchatting atau leka ber ‘facebook’ yang menjadi punca mengantuk dan malas untuk bangun sahur adalah tidak wajar sama sekali. Seharusnya di bulan yang penuh dengan keberkatan ini diisi dengan melakukan perkara-perkara kebaikan seperti bertadarus atau sebagainya. Mungkin sempena bulan madrasah tarbiyyah ini , sedikit sebanyak mampu untuk mendidik diri kita untuk mengurang aktiviti-aktiviti yang melaghakan serta perkara –perkara yang tidak mampu memberi manfaat dan keuntungan kepada Islam. Allah subhanahuwataala sendiri telah berfirman didalam al-Quran yang bermaksud: “Demi masa. Sesunggunhya manusia sentisa dalam kerugian,kecuali golongan orang –orang yang beriman dan beramal salih” ( SurahAl-Asr)
Disebabkan tidak memahami konsep sahur ini,masih terdapat juga segelintir daripada kita yang bersahur pada jam 1 @ 2 pagi . Mereka mengambil jalan mudah untuk bersahur pada waktu itu disebabkan tidur lewat . Oleh yang demikian, maka mereka dengan bangganya menyatakan bahawa mereka telah pun bersahur. Ini adalah sangat bercanggahan dengan apa yang dimaksudkan oleh perkataan "Sahur" itu sendiri yang dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Maka jelaslah , individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW dan tidak mendapat sunat sahur itu sendiri serta bercanggah dengan sunnah baginda. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
Jika kita perhatikan waktu digalakkan untu sahur adalah hampir ke waktu subuh. Maka jika perhatikan waktu-waktu tersebut antara waktu yang amat bersesuaian untuk kita qiam dan bertahajjud . Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Selain itu, kekosongan masa yang ada sebelum menunaikan solat fardhu subuh juga sangat baik diisi dengan membaca al-Quran ataupun mentelaah pelajaran. Bagi kaum Adam pula ini merupakan peluang yng terbaik untuk sama-sama turun ke Surau atau masjid yang berdekatan untuk sam-samaa bersolat subuh secara berjemaah.
Oleh yang demikian, sementara baki bulan Ramadhan yang masih lagi ada ini, marilah kita mengejar keberkatan sahur ini .Ayuh Teman!!!
Wallahualam….

No comments:

Post a Comment