Friday, August 20, 2010

Berboroslah di Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan tahun ini adalah sama seperti bulan ramadhan tahun yang lalu. Namun setiap  natijah yang terhasilnya adalah berbeza dan ianya bergantung kepada amalan  yang dilakukan sepanjang ramadhan tersebut.
Mungkin dibulan-bulan yang lain kita jarang “ berboros ” dalam  melakukan amal ibadat. Namun kita masih belum terlewat  untuk  kita "berboros"  sempena bulan keberkatan ini sambil meningkatkan lagi  tahap graf  tingkatan amalan di bulan ramadhan  untuk kali ini hingga ketahap yang maximum.Ramadhan kali ini jangan kita lepaskan peluang-peluang keemasan dengan  yang telah pun di janjikan Allah SWT.Kemungkinan juga ramdhan yang lalu kita tidak banyak memanfaatkan dengan sebaik mungkin.  Kita merasa kedekut untuk mengeluarkan sedikit sedekah walaupun RM 1 dimasjid-masjid , kita kedekut untuk  menjamu sahabat-sahabat berbuka puasa walaupun ganjaran pahala yang besar telah “ditaja” oleh Allah SWT.
Bagaimana dengan Ramadhan kali ini??
Level 1 iaitu level kerahmatan telah berlalu. Kini level ke 2 mula datang menjenguk. Mungkin dikesempatan  level ke 2 ramdhan ini ,  kita mampu  bersama-sama untuk melakukan pemborosan “ semaximum” mungkin. Kita perlu membolot kesemua pahala-pahala dan ganjaran-ganjaran hebat yang dijanjikan oleh Allah SWT supaya segala dosa dan salah kita akan diampunkan olehNya. Ganjaran –ganjaran dan tawaran-tawaran hebat yang ada disepanjang ramdhan ini ibarat durian runtuh yang perlu kita kejar-kejarkan. Ganjaran ibadat sunat diangkat pahalanya seperti ibadat wajib, ibadat wajib yang dilakukan diangkat dan lipat gandakan ganjarannya supaya kita sama-sama berebut-rebut untuk menambahkan pahala dan redha Allah SWT. Sememangnya dibulan barakah  ini adalah peluang cukup luas dan cantik untuk kita sama-sama “top up” balik iman-iman kita yang lompang, dan cuba untuk sama-sama mendapat “reward” dan bonus-bonus hebat yang bakal menanti.
Senarai Tawaran menarik menanti ANDA!!!
Ganjaran yang “mesti dimiliki”
Sememangnya terdapat pelbagai  jualan mega Ramadhan yang berlangsung selama sebulan ini yang sangta wajar direbut dan dimiliki.. Antaranya ialah,
1.     Pintu Syurga dibuka, ditutup pintu neraka
,......"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (Hadist riwayat A-Bukhari dan Muslim)

2.     Diampuni segala dosanya yang lalu
"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan niscaya akan diampuninya segala dosanya yang lalu." (Hadist riwayat An-Nasai'e)

3.     Pahala berlipat ganda
,.........."Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya karena dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya karena Aku'." (Hadist riwayat Muslim)

4.     Jauh dari api neraka
,......"Barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah niscaya Allah akan manjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadist riwayat Al-Bukhari)

5.     Perisai dari siksaan
,........."Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (Hadist riwayat Imam Ahmad)


6.     Beroleh 2 (dua) kegembiraan
,........"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadist riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

7.     Doa sangat musatajab
........."Tiga do'a yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, do'a orang yang dizalimi dan orang yang musafir." (Hadist riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

8.     Masuk dalam Syurga
,......."Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya....." (Hadist riwayat Al-Bukhari)

Sesungguhnya “ medan jual beli Ramadhan” telah terhidang didepan mata..ayuh sama-sama "berboros" semaximum mungkin,,
wallahualam,,,

Sunday, August 15, 2010

Ikhtilat : Tak pe ke??


Isu ikhtilat  sememangnya tidak dapat lari dari kehidupan. Hal ini kerana hidup bermasyarakat  sedikit sebanyak memaksa diri untuk berikhtilat  bagi memudahkan segala urusan pekerjaan. Namun persoalannya , sejauh manakah ikhtilat ini diaplikasikan dengan sebaiknya  dalam kehidupan seharian? Adakah diyakini ikhtilat yang dilakukan bertepatan dengan syariat Islam?  Adakah dengan berikhtilat antara lelaki dan perempaun membolehkan  mereke berdua  keluar berduaan tanpa mahram? Adakah dengan berikhtilat antara lelaki dan perempuan membolehkan untuk berpegangan tangan, cubit-cubitan antara lelaki dan perempuan.  Kesan ikhtilat yang dapat dilihat jelas kini,budaya bertamparan tangan  antara lelaki dan perempuan semakin sering dilakukan. Alasan HANYA KAWAN seolah-olah menajdi green light untuk mereka bergaul mesra tanpa  batasan  tanpa sedikit pun  rasa bersalah atau takut dengan Azab Allah. 
 
 Apakah Ikthtilat itu haram ??
Sememangnya untuk memahami apa itu ikhtilat yang sebenarnya adalah melihat dari sudut bahasa dan syariatnya. Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya. Manakala dari segi syariatnya ialah: Percarnpuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Namun persoalanya disini,adakah sama pergaulan antara wanita dengan wanita atau wanita lelaki ajnabi lain?   Pada asalnya hukum pergaulan antara sesama jantina adalah  HARUS , namun yang demikian,pergaulan antara berlainan jantina pula adalah HARAM.

Tapi bagaimana pula Ikhtilat ketika menuntut Ilmu?
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran
 Dalam menuntut ilmu, ikhtilat antara lelaki dan perempuan adalah diharuskan. Namun yang demikian berdua-duanya ketika belajar serta  tanpa mahram yang menemani adalah haram sama sekali. Tempat  ketika berlakunya ikhtilat itu juga perlu diberikan penekanan. Elakkan daripada  berada tempat-tempat yang sunyi dari orang ramai dan ia perlulah dikawasan yang terbuka. Tempat-tempat yang gelap dan sunyi seharusnya dielakkan. Hal ini kerana ia akan menyebabkan berlaku nya fitnah. Rasulullah SAW  juga beriktilat ketika keluar untuk mengajar agama. terdapat satu riwayat yang menceritaka bahawa Rasululullah SAW telah keluar pada suatu hari raya/ dan sembahyang 2 rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Bagaimana pula ikhtilat ketika aktiviti persatuan??
Sememangnya aktiviti berpersatuan ini tidak dapat lari daripada berlakunya pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun yang demikan, segala adab-adab ikhtilat perlulah dijaga dengan baik supaya tidak akan berlakunya gejala fitnah menfitnah. Antara  adab ikhtilat yang telah digariskan didalam Islam adalah seperti : tidak berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi, sentisa berpakaian menutup aurat dan tidak menjolok mata bagi perempuan , tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat,   serta pemilihan tempat yang bersesuaian tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap

Jika  adab-adab dalam berikhtilat ini jaga dengan rapi dan baik sudah pastinya ia akan mendatangkan kebaikan bersama dan sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dari sebarang bala bencana yang memungkinkan untuk berlaku..



Wallahualam……









Mencari keberkatan sahur



Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun terdapat hadis yang menceritakan hikmat berpuasa ini. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya :Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatannya ( Riwayat Bukhari dan muslim


Jika diperhatikan ada sahaja alasan yang diberikan jika ditanya kenapa tidak bangun bersahur,seperti“ Malaslah la nak bangun sahur nih, tak larat ar, lagipun sunat je kan?” Begitulah ayat-ayat yang sering diberikan oleh mereka yang enggan untuk bangun sahur. Alasan mengantuk atau letih merupakan alasan yang agak popular terutamnya dalam kalangan mahasiswa. Kelewatan tidur akibat leka berchatting ataupun leka bermain facebook menyebabkan ‘golongan ini’agak liat untuk bangun sahur. Seharusnya bagi mereka ,leka berchatting atau leka ber ‘facebook’ yang menjadi punca mengantuk dan malas untuk bangun sahur adalah tidak wajar sama sekali. Seharusnya di bulan yang penuh dengan keberkatan ini diisi dengan melakukan perkara-perkara kebaikan seperti bertadarus atau sebagainya. Mungkin sempena bulan madrasah tarbiyyah ini , sedikit sebanyak mampu untuk mendidik diri kita untuk mengurang aktiviti-aktiviti yang melaghakan serta perkara –perkara yang tidak mampu memberi manfaat dan keuntungan kepada Islam. Allah subhanahuwataala sendiri telah berfirman didalam al-Quran yang bermaksud: “Demi masa. Sesunggunhya manusia sentisa dalam kerugian,kecuali golongan orang –orang yang beriman dan beramal salih” ( SurahAl-Asr)
Disebabkan tidak memahami konsep sahur ini,masih terdapat juga segelintir daripada kita yang bersahur pada jam 1 @ 2 pagi . Mereka mengambil jalan mudah untuk bersahur pada waktu itu disebabkan tidur lewat . Oleh yang demikian, maka mereka dengan bangganya menyatakan bahawa mereka telah pun bersahur. Ini adalah sangat bercanggahan dengan apa yang dimaksudkan oleh perkataan "Sahur" itu sendiri yang dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Maka jelaslah , individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW dan tidak mendapat sunat sahur itu sendiri serta bercanggah dengan sunnah baginda. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
Jika kita perhatikan waktu digalakkan untu sahur adalah hampir ke waktu subuh. Maka jika perhatikan waktu-waktu tersebut antara waktu yang amat bersesuaian untuk kita qiam dan bertahajjud . Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Selain itu, kekosongan masa yang ada sebelum menunaikan solat fardhu subuh juga sangat baik diisi dengan membaca al-Quran ataupun mentelaah pelajaran. Bagi kaum Adam pula ini merupakan peluang yng terbaik untuk sama-sama turun ke Surau atau masjid yang berdekatan untuk sam-samaa bersolat subuh secara berjemaah.
Oleh yang demikian, sementara baki bulan Ramadhan yang masih lagi ada ini, marilah kita mengejar keberkatan sahur ini .Ayuh Teman!!!
Wallahualam….