Sunday, August 15, 2010

Ikhtilat : Tak pe ke??


Isu ikhtilat  sememangnya tidak dapat lari dari kehidupan. Hal ini kerana hidup bermasyarakat  sedikit sebanyak memaksa diri untuk berikhtilat  bagi memudahkan segala urusan pekerjaan. Namun persoalannya , sejauh manakah ikhtilat ini diaplikasikan dengan sebaiknya  dalam kehidupan seharian? Adakah diyakini ikhtilat yang dilakukan bertepatan dengan syariat Islam?  Adakah dengan berikhtilat antara lelaki dan perempaun membolehkan  mereke berdua  keluar berduaan tanpa mahram? Adakah dengan berikhtilat antara lelaki dan perempuan membolehkan untuk berpegangan tangan, cubit-cubitan antara lelaki dan perempuan.  Kesan ikhtilat yang dapat dilihat jelas kini,budaya bertamparan tangan  antara lelaki dan perempuan semakin sering dilakukan. Alasan HANYA KAWAN seolah-olah menajdi green light untuk mereka bergaul mesra tanpa  batasan  tanpa sedikit pun  rasa bersalah atau takut dengan Azab Allah. 
 
 Apakah Ikthtilat itu haram ??
Sememangnya untuk memahami apa itu ikhtilat yang sebenarnya adalah melihat dari sudut bahasa dan syariatnya. Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya. Manakala dari segi syariatnya ialah: Percarnpuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Namun persoalanya disini,adakah sama pergaulan antara wanita dengan wanita atau wanita lelaki ajnabi lain?   Pada asalnya hukum pergaulan antara sesama jantina adalah  HARUS , namun yang demikian,pergaulan antara berlainan jantina pula adalah HARAM.

Tapi bagaimana pula Ikhtilat ketika menuntut Ilmu?
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran
 Dalam menuntut ilmu, ikhtilat antara lelaki dan perempuan adalah diharuskan. Namun yang demikian berdua-duanya ketika belajar serta  tanpa mahram yang menemani adalah haram sama sekali. Tempat  ketika berlakunya ikhtilat itu juga perlu diberikan penekanan. Elakkan daripada  berada tempat-tempat yang sunyi dari orang ramai dan ia perlulah dikawasan yang terbuka. Tempat-tempat yang gelap dan sunyi seharusnya dielakkan. Hal ini kerana ia akan menyebabkan berlaku nya fitnah. Rasulullah SAW  juga beriktilat ketika keluar untuk mengajar agama. terdapat satu riwayat yang menceritaka bahawa Rasululullah SAW telah keluar pada suatu hari raya/ dan sembahyang 2 rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Bagaimana pula ikhtilat ketika aktiviti persatuan??
Sememangnya aktiviti berpersatuan ini tidak dapat lari daripada berlakunya pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun yang demikan, segala adab-adab ikhtilat perlulah dijaga dengan baik supaya tidak akan berlakunya gejala fitnah menfitnah. Antara  adab ikhtilat yang telah digariskan didalam Islam adalah seperti : tidak berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi, sentisa berpakaian menutup aurat dan tidak menjolok mata bagi perempuan , tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat,   serta pemilihan tempat yang bersesuaian tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap

Jika  adab-adab dalam berikhtilat ini jaga dengan rapi dan baik sudah pastinya ia akan mendatangkan kebaikan bersama dan sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dari sebarang bala bencana yang memungkinkan untuk berlaku..



Wallahualam……









No comments:

Post a Comment