Sunday, September 19, 2010

Puasa 6 syawal : Antara Riya' yang mesti dijauhi

 Puasa 6 di bulan Syawal merupakan antara puasa sunat yang sangat dituntut oleh Islam kepada umatnya yang ingin menambahkan lagi cinta dan kasih sayang daripada Sang Pencipta . Sesungguhnya Rasulullah SAW telah brsabda :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

 Melakukan amalan-amalan sunat sememangnya  merupakan  salah satu cara untuk mendapat kasih sayang Allah. Sebagai mana  terdapat hadis qudsi yang menyebut
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Namun  bagaimana pula jika ini yang terjadi??
 “Demo poso dok hari ni? Poso  6 laa ..”
“ Eh, kawe tak start lg tuh,, demo start doh ko ? awal tehh.. baru raya ke -3..poso doh..”
“ Ho r..bilo lagi nak start,,lg pn kawe x rajin x poso 6 syawal ni .. ore kato besar pahalo yo,,”
“ kawe nak poso jgk,, tp nati la dulu…”
 Inilah dialog-dialog glamer yang sering didengari tatkala puasa wajib Ramadhan berlalu. Ia seakan-akan sudah menjadi satu budaya atau trend  baru  yang di lumba-lumba kan oleh semua orang,tak kira golongan tua mahupun golongan muda. Jika seseorang itu tidak pernah melakukan puasa 6 sudah pasti rakan-rakan sekeliling akan memandang rendah kerana tidak melakukan ibadat sunat yang satu tersebut.
 Tidak dapat dinafikan, puasa sunat 6 di bulan Syawal merupakan salah satu amalan-amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan oleh orang Islam di bukan Syawal  selepas sempurnanya puasa  .Namun  yang demikian, segelintir daripada kita tidak menyedari hebahan-hebahan yang dibuat mengenai bilangan hari puasa sunat syawal  adalah seakan-akan seperti menunjukkan siapa yang lebih hebat!!  Kata-kata  yang berunsurkan riya’ juga timbul tanpa disedari juga sering berlaku seperti “: aku hari ni last puasa sunat syawal,esok raya la aku!!,sepatutnya  sebagai seorang Islam riya’ dalam melakukan amalan adalah sangat ditegah didalam Islam. Hal ini kerana tujuan utama kita melakukan puasa sunat adalah semata-mata kerana Allah SWt sahaja, dan  tidak perlulah diheboh-hebohkan kepada orang ramai. Selain tu juga adalah dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Riya’ itu Syirik
Riya’. Ia berasal dari perkataan ru’yah yang membawa maksud lihat, maka riya’ adalah satu perasaan ingin memperlihatkan amal kita.Sikap cuba menunjuk-nunjuk ataupun riya’ dengan amalan  haruslah dijauhi  kerana ia  adalah antara sifat-sifat keji yang wajib di jauhi. Setiap amalan adalah memerlukan keikhlasan.  Namun jika kita sering  berbangga-bangga dengan amalan kebaikan yang dibuat dapatkah kita mendapat nilai  pahala keikhlasa itu? Ya,, Jika kebaikan yang dilakukan hanya semata-mata kerana  mengejar nama mahupun darjat dimata  ,maka sia-sia sahajalah segala amalan kebajikan yang dilakukan. Keikhlasan  adalah satu perkara yang bercanggahan dengan sifat riya’. Ikhlas dalam  melakukan kebaikan adalah apabila kebaikan yang dilakukan disembunyikan  dan amalan tersebut dibuat adalah semata-,ata mencari keredhaan Allah SWT semata-mata.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik yang paling kecil. Mereka bertanya: Apakah itu syirik yang paling kecil ya Rasulullah? Beliau menjawab: Riya! Allah berfirman pada hari kiyamat, ketika memberikan pahala terhadap manusia sesuai perbuatan-perbuatannya: Pergilah kamu sekalian kepada orang-orang yang kamu pamerkan perilaku amal kamu di dunia. Maka nantikanlah apakah kamu menerima balasan dari mereka itu. Hadith Riwayat Ahmad
Oleh yang demikian , maka perlulah sama-sama kita muhasabah diri kita masing-masing dalam sama-sam mencari redha Allah SWT. Hanya keikhlasan yang lahir dari hati sahaja mendapat perhatian dan diterima  daripada Nya. 
Wallaualam,,,,",

Saturday, September 18, 2010

NON MUSLIM MASUK MASJID : ANTARA UNDANG-UNDANG DAN DAKWAH

  Peristiwa kehadiran seorang ahli politik wanita yang mewakili salah satu parti ke sebuah Masjid dalam menyerahkan sedikit wang untuk memperbaiki pagar masjid telah banyak menimbulkan reaksi pandangan yang berbeza antara undang-undang mahupun DAKWAH

Undang-undang MAIS dan JAIS menegah golongan yang bukan Islam daripada memasuki kawasan utama masjid dengan menjustifikasikan golongan ini sebagai golongan yang berhadas besar. Sungguhpun terdapat dalil yang menyatakan orang yang bukan Islam adalah dilarang sama sekali untuk memasuki masjid, namun ia adalah merujuk kepada Masjid Al-Haram. Namun yang demikian terdapat juga dalil-dalil dan peristiwa yang berlaku yang melibatkan orang bukan Islam memasuki masjid. Nabi Muhammad SAW mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang Masjid Sahih Bukhari,No.457).Daripada Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat takkan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Nabi Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.
Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata :
  Nabi Muhammad SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tuiang masjid. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (SAW) keluar sambil berkata : “Lepaskan Tsumamah”. Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul/utusan Allah (dilaporkan dalam Sahih Bukhari- No. 450).

   Penulis merasakan kehadiran Non-muslim ke masjid bukanlan menjadi kesalahan besar atau dikatakan telah menodai kesucian Islam (oleh sebuah media arus perdana). Mengajak golongan non-muslim ke rumah-rumah Allah juga satu dakwah. Nabi Muhammad SAW juga menggunakan mesej dakwah kepada nono-muslim melaliu rumah Allah ini. Pernah satu ketika Rasulullah SAW membenarkan golongan-golongan Quraisy yang kafir berjumpa dengan nabi. Mereka juga makan dan tidur didalam masjid. Malah apabila ada antara orang kafir tersebut kencing didalam masjid sekalipun tidak ditegahnya . Ini merupakan cara halus nabi menjalankan dakwahnya kepada penduduk Quraisy. Nabi S.A.W juga pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Jika kita perhalusi dengan baik antara kesan dan akibat yang memungkin berlaku disebalik dibolehkan golongan bukan Islam ini memasuki masjid adalah,golongan bukan Islam dapat memahami konsep Solat orang Islam yang sememangnya berbeza dengan agama lain. Selain itu juga, keterbukaan golongan bukan Islam untuk memeluk agam Islam juga mungkin berlaku apabila kita mengamalkan konsep toleransi dengan agama lain.

Selain itu juga penulis juga berpendapat bahawa perlu untuk orang Islam renung-renungkan disebalik peristiwa ini. Dimana sensitive umat Islam untuk sama-sama menaik tarafkan rumah-rumah Allah sehingga orang bukan Islam merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan.! Konsep beri tangan kanan,sembunyikan tangan kiri sudah jarang digunakan kerana ramai kini yang inginkan nama dan juga populariti.

Sama-samalah kita renungkan,,,,,,,,,,,,,,