Saturday, September 18, 2010

NON MUSLIM MASUK MASJID : ANTARA UNDANG-UNDANG DAN DAKWAH

  Peristiwa kehadiran seorang ahli politik wanita yang mewakili salah satu parti ke sebuah Masjid dalam menyerahkan sedikit wang untuk memperbaiki pagar masjid telah banyak menimbulkan reaksi pandangan yang berbeza antara undang-undang mahupun DAKWAH

Undang-undang MAIS dan JAIS menegah golongan yang bukan Islam daripada memasuki kawasan utama masjid dengan menjustifikasikan golongan ini sebagai golongan yang berhadas besar. Sungguhpun terdapat dalil yang menyatakan orang yang bukan Islam adalah dilarang sama sekali untuk memasuki masjid, namun ia adalah merujuk kepada Masjid Al-Haram. Namun yang demikian terdapat juga dalil-dalil dan peristiwa yang berlaku yang melibatkan orang bukan Islam memasuki masjid. Nabi Muhammad SAW mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tiang Masjid Sahih Bukhari,No.457).Daripada Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat takkan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Nabi Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.
Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata :
  Nabi Muhammad SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya di salah satu tuiang masjid. Lalu Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (SAW) keluar sambil berkata : “Lepaskan Tsumamah”. Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul/utusan Allah (dilaporkan dalam Sahih Bukhari- No. 450).

   Penulis merasakan kehadiran Non-muslim ke masjid bukanlan menjadi kesalahan besar atau dikatakan telah menodai kesucian Islam (oleh sebuah media arus perdana). Mengajak golongan non-muslim ke rumah-rumah Allah juga satu dakwah. Nabi Muhammad SAW juga menggunakan mesej dakwah kepada nono-muslim melaliu rumah Allah ini. Pernah satu ketika Rasulullah SAW membenarkan golongan-golongan Quraisy yang kafir berjumpa dengan nabi. Mereka juga makan dan tidur didalam masjid. Malah apabila ada antara orang kafir tersebut kencing didalam masjid sekalipun tidak ditegahnya . Ini merupakan cara halus nabi menjalankan dakwahnya kepada penduduk Quraisy. Nabi S.A.W juga pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Jika kita perhalusi dengan baik antara kesan dan akibat yang memungkin berlaku disebalik dibolehkan golongan bukan Islam ini memasuki masjid adalah,golongan bukan Islam dapat memahami konsep Solat orang Islam yang sememangnya berbeza dengan agama lain. Selain itu juga, keterbukaan golongan bukan Islam untuk memeluk agam Islam juga mungkin berlaku apabila kita mengamalkan konsep toleransi dengan agama lain.

Selain itu juga penulis juga berpendapat bahawa perlu untuk orang Islam renung-renungkan disebalik peristiwa ini. Dimana sensitive umat Islam untuk sama-sama menaik tarafkan rumah-rumah Allah sehingga orang bukan Islam merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan.! Konsep beri tangan kanan,sembunyikan tangan kiri sudah jarang digunakan kerana ramai kini yang inginkan nama dan juga populariti.

Sama-samalah kita renungkan,,,,,,,,,,,,,,

No comments:

Post a Comment